PMX, ILO MINTA MAKLUMAT LANJUT. PEKERJA BANK MASIH MENUNGGU JAWAPAN. 3 OKTOBER, NUBE KE PUTRAJAYA.
Dalam laporan Technical Advisory Mission (TAM), ILO merekodkan bahawa NUBE membangkitkan sejumlah besar aduan diskriminasi anti-kesatuan yang masih belum diselesaikan.
KESUMA menafikan dakwaan tersebut.
Tetapi TAM tidak berhenti di situ.
TAM meminta KESUMA memberikan maklumat lanjut mengenai kes di bawah Seksyen 8, 39 dan 59 yang tidak diselesaikan melalui proses pentadbiran.
ILO mahu tahu:
- Berapa kes yang tidak diselesaikan?
- Berapa yang dirujuk ke mahkamah?
- Berapa yang tidak dirujuk?
- Apakah hasil sebenar kes-kes yang dikatakan telah diselesaikan?
KESUMA bersetuju untuk memberikan maklumat tambahan itu.
Tetapi setakat semakan NUBE terhadap rekod awam, kami belum menemui rekod yang menunjukkan bahawa semua maklumat tambahan yang diminta TAM itu telah diberikan.
Jika sudah diberikan, tunjukkan. Jika belum, mengapa?
Ini bukan sekadar persoalan dalam sebuah laporan antarabangsa.
Di sebalik setiap aduan ada pekerja. Ada keluarga. Ada hak yang sedang diperjuangkan.
Dan pekerja bank sudah terlalu lama menunggu.
TINGGAL 3 HARI.
3 OKTOBER 2026. PUTRAJAYA.
NUBE akan membawa tuntutan pekerja bank ke Putrajaya.
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, NUBE mahu jawapan.
BANK TIPU KITA!
KERAJAAN PUN TIPU KITA!
Unity is Strength. Strength is Victory.
#NUBE #BANKTIPUKITA #KerajaanPunTipuKita #3Oktober #Putrajaya #HakPekerja #HakKesatuan #SuaraPekerja #KESUMA #ILO #PMX #WorkersRights #TradeUnionRights #BankWorkers #WorkersVoice #WorkerJustice #WorkersDemandAnswers #WorkerSolidarity #UnionStrong #UnityIsStrength
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now