YB RAMANAN, MENGAPA MENINDAS PEKERJA BANK B40 DAN M40?
Pada 13.2.2026, Mahkamah Tinggi mengarahkan MCBA dan NUBE berunding dengan niat baik bagi menyelesaikan pertikaian Perjanjian Kolektif Ke-20 dan Bantuan Perayaan (FA).
Namun, YB Ramanan memilih untuk merayu terhadap keputusan ini. Mengapa? Apakah manfaatnya kepada YB?
Pada 6 Oktober 2026, PMO memberi YB peluang kedua untuk menunaikan tanggungjawab sebagai menteri dengan menggesa YB menjadi pengantara bagi menyelesaikan pertikaian NUBE–MCBA yang berlarutan selama tiga tahun. Namun, YB masih gagal bertindak. Mengapa?
Akibat rayuan YB ke Mahkamah Rayuan dan keengganan menjadi pengantara, ahli NUBE daripada golongan B40 dan M40 tidak akan menerima hak mereka berupa FA sebanyak sebulan gaji sempena Deepavali.
Keluarga yang bergantung pada bantuan ini untuk menyambut perayaan penuh cahaya dan kegembiraan kini dibiarkan bergelut dengan kesusahan dan kekecewaan.
Majikan mereka meraih keuntungan berbilion ringgit setiap tahun dan mampu membayar. Mengapa YB Ramanan menggalakkan mereka tolak bayaran?
YB Ramanan berkongsi agama dan perayaan yang sama dengan ahli NUBE beragama Hindu.
Ketika YB menyambut Deepavali dengan mewah, mengapa menafikan secebis kebahagiaan buat ahli NUBE beragama Hindu daripada golongan B40 dan M40 dapat menceriakan bersama keluarga mereka?
Mengapa terus menindas pekerja B40 dan M40 demi melindungi bank yang meraih keuntungan berbilion ringgit?
YB Ramanan, ketika membuat persiapan menyambut Deepavali bersama keluarga, fikirkanlah kesejahteraan untuk ahli NUBE beragama Hindu daripada golongan B40 dan M40 serta keluarga mereka. Mereka berhak mendapat keadilan.
#NUBE #NUBEMalaysia #YBRamanan #KESUMA #MCBA #CA20 #PerjanjianKolektif #CollectiveAgreement #BantuanPerayaan #FestivalAid #Deepavali2026 #HakPekerja #WorkersRights #KeadilanUntukPekerja #JusticeForWorkers #PekerjaB40M40 #BankWorkers #RundinganKolektif #CollectiveBargaining #SolidaritiPekerja #WorkersSolidarity
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now