ANUGERAH CR BRC KEPADA PUBLIC BANK: DI MANA KEPRIHATINAN TERHADAP PEKERJA UZUR YANG TELAH BERKHIDMAT SELAMA 26 TAHUN?
Selepas lebih 26 tahun berkhidmat dengan Public Bank, Sis Thilaga terpaksa berjuang melawan penyakit serius sambil menuntut hak perlindungan perubatannya di bawah Perjanjian Kolektif Ke-19.
Sejak awal 2025, beliau mengalami episod pengsan (Serangan Syncopal). Beliau telah menjalani pembedahan akibat kanser lidah pada 2010 dan masih mendapatkan rawatan susulan berkala daripada pakar kanser di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Pembedahan tersebut turut menyebabkan komplikasi lain. Keadaan kesihatannya telah menyebabkan beliau menghabiskan kelayakan cuti sakit dan cuti hospitalisasi.
Walaupun dokumen sokongan dikemukakan oleh tiga pakar, diikuti penilaian doktor pilihan Bank sendiri, Public Bank tetap berpendirian bahawa beliau tidak layak menerima Faedah Penyakit Berpanjangan. Faedah tersebut akhirnya diberikan pada 23.10.2026 mulai 5.10.2026 hanya kononya, atas budi bicara pengurusan.
Amat membimbangkan apabila The Edge Billion-Ringgit Club mengiktiraf Public Bank bagi Inisiatif Tanggungjawab Korporat Terbaik, sedangkan pekerjanya yang telah lama berkhidmat dan sedang uzur dianiyai.
Sementara itu, potongan gaji dan beberapa bulan tanpa gaji sejak 2025 memburukkan lagi kesusahan keluarganya. Suaminya menjalani dialisis sejak 2014, ditamatkan perkhidmatan atas sebab kesihatan pada 2017 dan menerima pencen ilat. Sejak itu, Sis Thilaga menjadi pencari nafkah utama keluarga, menyara lima anak perempuan—empat masih belajar dan seorang baru mula bekerja.
Terdesak untuk mengelakkan potongan gaji selanjutnya, Sis Thilaga berulang kali memaksa tubuhnya yang lemah untuk kembali bekerja. Namun, beliau sering rebah di tepi jalan atau di stesen MRT, sehingga mengalami kecederaan pada beberapa kejadian. Tekanan melawan penyakit sambil memikirkan kelangsungan hidup keluarga begitu berat sehingga beliau akhirnya memerlukan rawatan psikiatri.
Sepanjang penderitaan ini, NUBE Cawangan KLSP terus berdiri teguh di sisinya, mempertahankan hak dan kebajikannya. Sebuah bank yang meraih keuntungan berbilion ringgit dan memberikan ganjaran lumayan kepada kepimpinannya seharusnya menunjukkan lebih banyak belas ihsan kepada pekerja, khususnya ketika penyakit menjadikan mereka paling terdedah dan memerlukan perlindungan.
Pekerja yang telah berkhidmat lebih suku abad berhak dilayan dengan bermaruah dan penuh belas ihsan, bukannya dipaksa melalui perjuangan yang memenatkan untuk mendapatkan perlindungan perubatan.
Cawangan NUBE KLSP telah membawa penderitaan beliau ke mesyuarat Majlis Eksekutif Kebangsaan NUBE baru-baru ini. Setelah membincangkan keadaan beliau, EXCO meluluskan sumbangan kebajikan sebanyak RM5,000 sebagai tanda keprihatinan untuk meringankan beban beliau dan keluarga sempena Deepavali.
Pada 5 November 2026, Pengerusi Cawangan KLSP, Bro Faisal Mohd Husin, Bendahari Cawangan, Bro Rahmat Hamid, dan wakil Jawatankuasa Zon beliau, Bro Mohd Fauzie, telah menziarahinya dan menyampaikan sumbangan tersebut.
Sumbangan ini membawa kasih sayang dan semangat setiakawan kepada sebuah keluarga yang menanggung kesusahan besar. Namun, Bantuan Perayaan sebanyak sebulan gaji yang ditegaskan NUBE sebagai hak beliau masih dinafikan oleh Public Bank.
Inilah sebabnya kesatuan sekerja amat penting: mempertahankan hak pekerja, melindungi maruah mereka dan berdiri bersama keluarga mereka ketika mereka paling memerlukan sokongan.
KITA BERSATU, KITA BERJUANG BERSAMA, DAN KITA TIDAK AKAN MENINGGALKAN AHLI KITA.
#NUBE #NUBEKLSP #PublicBank #SisThilaga #HakPekerja #KebajikanPekerja #MaruahPekerja #PerlindunganPerubatan #BantuanPerayaan #SolidaritiPekerja #KesatuanSekerja #TanggungjawabKorporat #WorkersRights #WorkersWelfare #WorkersDignity #MedicalProtection #CorporateResponsibility #TradeUnionSolidarity #WorkersSolidarity #TogetherWeAreStrong
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now