BERBEZA LATAR BELAKANG. SATU SOLIDARITI. SATU PERJUANGAN MEMPERTAHANKAN HAK PEKERJA!
Sempena sambutan Deepavali, Naib Presiden NUBE, Bro Mohd Faisal Husin, mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh ahli NUBE yang beragama Hindu serta keluarga tersayang.
Semoga perayaan cahaya ini membawa kebahagiaan, kedamaian dan sinar harapan kepada setiap keluarga.
Dalam perutusan khas Deepavali beliau, Bro Faisal mengingatkan kita bahawa tanpa mengira agama, bangsa atau budaya, kita tetap bersatu dalam memperjuangkan hak, kebajikan dan masa depan pekerja bank.
Perjuangan ini termasuk tuntutan Bantuan Perayaan (FA) bersamaan satu bulan gaji serta penyelarasan gaji sebanyak 31%, yang menurut pengiraan NUBE diperlukan bagi memastikan pekerja bank bergaji paling rendah mencapai paras gaji kehidupan wajar RM3,100 seperti yang diketengahkan oleh Perdana Menteri dalam Belanjawan 2027.
Ini adalah soal keadilan ekonomi yang menyentuh kehidupan keluarga pekerja tanpa mengira latar belakang.
Bro Faisal turut mengingatkan ahli agar tidak membiarkan perbezaan memecahbelahkan perpaduan kita, dan tidak membiarkan penindasan melemahkan semangat perjuangan.
BERSATU KITA TEGUH. BERSAMA KITA PERJUANGKAN HAK PEKERJA!
Saksikan perutusan khas Deepavali daripada Bro Mohd Faisal Husin.
Selamat Hari Deepavali!
HIDUP SOLIDARITI! HIDUP NUBE!
#SelamatHariDeepavali #HappyDeepavali #SolidaritiPekerja #WorkersSolidarity #HakPekerja #WorkersRights #BantuanPerayaan #FestivalAid #GajiKehidupanWajar #LivingWage #PerjuanganBersama #UnitedForWorkers #HidupNUBE #NUBE
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now