Mahkamah Rayuan menolak permohonan MCBA untuk menyekat aktiviti NUBE
Pada 11.11.2026, Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak permohonan MCBA bagi mendapatkan perintah untuk menyekat aktiviti NUBE. Mahkamah turut memerintahkan MCBA membayar kos sebanyak RM30,000.00 kepada NUBE.
Dalam permohonannya, MCBA memohon agar Mahkamah menghalang NUBE daripada meneruskan kempen “BANK TIPU KITA”, memakai lencana kempen, menggunakan slogan-slogan tersebut di media sosial, Jelajah NUBE bersama ahli serta meminta PMO, KESUMA dan BNM untuk campur tangan dalam pertikaian berhubung FA dan CA Ke-20. MCBA berhujah bahawa apabila pertikaian tersebut dibawa ke mahkamah, NUBE mesti menghentikan semua tindakan perusahaan.
NUBE menjelaskan bahawa tindakan perusahaan tersebut perlu diambil bagi menangani isu-isu yang menjejaskan 15,000 pekerja bank yang diwakilinya dan yang masih belum diselesaikan sejak tiga tahun lalu. Isu-isu tersebut termasuk tunggakan FA, kelewatan memuktamadkan CA Ke-20, ketidaksamarataan pendapatan, penyumberan luar dan diskriminasi anti kesatuan. NUBE berhujah bahawa aktiviti kesatuan sekerjanya bertujuan untuk mengetengahkan nasib pekerja B40 dan M40 serta memperjuangkan kebajikan, mata pencarian dan keadaan kerja mereka selaras dengan APP 1967. NUBE turut berhujah bahawa ia telah menghubungi BNM dan PMO atas kapasiti mereka sebagai pihak berkepentingan dalam pertikaian perusahaan tersebut.
Mahkamah Rayuan mengambil kira bahawa kempen pemakaian lencana telah ditangguhkan dan berpandangan bahawa sebarang dakwaan pelanggaran perintah penggantungan hendaklah ditangani di Mahkamah Tinggi. Atas alasan tersebut, Mahkamah Rayuan menolak permohonan MCBA. Rayuan MCBA terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 13.02.2026 ditetapkan untuk pendengaran pada 22.03.2027.
#NUBE #BankTipuKita #MahkamahRayuan #KemenanganNUBE #HakPekerja #HakKesatuanSekerja #KeadilanPekerja #PerjanjianKolektif #BantuanPerayaan #WorkersRights #TradeUnionRights #WorkersJustice #FreedomOfAssociation #CollectiveBargaining #CourtOfAppeal #UnionStrong
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now